Tuesday, March 31, 2009

Takmo Kacau Aku..






Kenape la dengan aku ari ni ek.. jap2 happy, jap2 sedih, jap2 nak marah je.. Tensen la keje banyak sangat. Minggu depan tiap2 ari ade presentation. Giler ape.. Assg jangan citer, tapi orang len pun mesti banyak gak kije.. Mesti orang len pun jap2 happy, jap2 sedih, jap2 nak marah gak... Haisshh...

Windu la kat najaa, anak sedara aku.. rase nak picit2 je pipi dia tu..

Rase nak mandi laut pun ade hmm... tu la, ari tu huda ajak dah pi p.D teman dia ngan geng2 bf die clebrate beday die, aku tak free plak. Kalau gi ramai2 best sket tapi tu la, aku pi blaja keta lak hmm.. tadek rezeki la laut nak aku mandi ngan dia..

Rase down pun ade gak. Sedih la dah nak abis blaja.. Nak blaja lagi..( nak ke?) yelaaaa.. aku nak blaja lg laa.. apsal? tak caye?

Dah la.. Malas la nak membebel kat cni. Nak basuh baju.



Saturday, March 28, 2009

Kisah Makcik Jual Tempe









Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah.
Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan mas ak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"


Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (",) ....




p/s : goreng pon sodap hahaha...eeyeee..

Thursday, March 26, 2009

kenangan terindah..





Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku





Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak

Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu





Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati






Bila yang tertulis untukku

Adalah yang terbaik untukmu





Kan kujadikan kau

Kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku






Meninggalkan jejak hidupku

Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati






Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan

Terus membara
Terkilan rasa jiwa

Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu



SURAT DARI SETAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkankemudian, kau juga tidak mengucapkan ' Bismillah ' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani...

Kita nonton film ' porno ' bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan ' TERIMAKASIH ' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun

Tuesday, March 24, 2009

The Gender Agenda







1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.


Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.

Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

Friday, March 20, 2009

Dinner Mention

Salam..
Adoii laa.. Ape la nak buat nih hmm.. Aku baru je blik makan td kat ameer ali. Dah lame tak pi mapley, berbulan gak ar ( sb ade insiden yg tak diingini telah berlaku beberapa bulan dulu haha..) Pastu ni dah tak ngantuk, tak tau nak wat pe, membebel la kat cni.. nak wat paper projek tadek mood lak..

Malam tadi ade dinner mention (media and communication). Kos aku nye dinner la ni.. Wat kat hotel equotorial bangi. Tahun lepas wat kat Pan Pacific, klia. Giler ah best.. Tahun kitorg ni kt bangi jek hmm.. tp orait ler tu daripada ade khabar angin ckap nk wat kt dectar je haha.. Klu jadi kt dectar hmm.. memang batch aku la yg paling malang skali huhu.. so tema diner ni muhibah mention.. but Muhibbah ker kami??




pose dulu sblom gerak..

Overall diner td ok gak la tapi aku cam malas sket nak join aktiviti dorg cam menari2 kat pentas, tepuk2 tgn, wat ulat panjang2, kenal2 ngn junior huh.. puhleaseee... sebab aku rase, aku tak sepatutnye berada disini pada hari yang berbahagia ini cheewaaahhh hahaha.... yela aku rase ari ni sepatut nye tengah dating sempena entry di bawah ini ngeee.. tapi bab bergambar memang aku take part ar..


pose lagi sblom makan ngee...



saje je nak tayang gelang ni haha..




classmate aku yang united dlm erti kata tersendiri haha.. love u all lah.. mmuuuaaahhhhh....


Cam thun2 lpas.. ade cabutan bertuah, persembahan setiap batch, nyanyi2.. tapi tahun ni cam kureng sket sebab artis2 nye tak bpe terkesan di hati ini.. ade sape je bdak kcik tu naib juara bintang kecil sape tah name die, ngan bintang rtm no 2 pun aku tak tau name die.. tak de rase pun nak amik pic ngn dia haha.. jaat giler aku..







slamber lecturer2 aku perform kat atas huhu.. tiap2 thun cam ni sbnar nye.. giler sporting kan?


tapi yg best nye sket je laa sb ade rosyam nor weeewwwiiitttt haha... tak de la minat sgt kat die.. ( tiiippuuuuuu!!!!!) tapi sj je nak amik gambar same..


kemunculan istimewa haha.. mintak maap razysan ngee...




lecturer yg giler best hmm...




jangan jeles huhu..




ade ke patut dorg kate aku wat tema arab lak huh.. ni pakaian tradisional india la mei foong..



Lepas abis tu dalam 12.30 kot gi anta didie balik blek. Pastu lepak jap blek die, gosip2..tgok oim online dah tak sedar kol 3pg dah.. Giler ah.. Sampai lupe lak nak rply mesej kt chentaku.. dah taip dh tp tak send je. Patut la dia tak rply.. aku yg tak send rpenye huhu.. Dah nak blik tu bleh lak lapar smula. Tu yang balik blek, tukar baju trun smula gi mapley.. Seb baik aku join umah antu ari tu, brani ar sket nak naik trun kol 3 pg tu.. Klu tak, memang aku sanggup nangis smpai tertido sebab lapa giler..







muka kol 3.35am cam ni la.. ngantuk tapi lapo.. didie je tak de dlm pic sb dia tak suke amik gmbar kol 3- 5 pg..




ini adalah roti nan cheese.. sian kat aku baru tau rupa dan rasenye pg tadi haha.. wat malu kaum jek huh.. siyess!! aku tak tau pun ni adelah rupe nan cheese.. hmm.. ensem gak kan hahaha...



ini aku tau.. razysan msti salu minum ni time nengok bola kan3..


Lepas gi mapley, balik blek dh tak tau nak wat pe huhu.. ni pun dah 5.02am.. ape nk buat ni ar?? adoiiii laa... update blog je la ni.. klu nak tido memang dh tak ngantuk langsung dh ni.. tak sabar lak nak tengok pic kat kamera bdak2 len sb dorang rajin sket amik gmbar.. aku suke diambil gmbar hehe.. hmmm... so overall aku rase cam sedih sket la sebab lpas ni dah takde lg diner mention yg best ni.. dinner 3rd yr memang best..

Tapi malam ni jugak aku ade dgr2 citer tentang bdak2 ni psl benda2 yang aku tak pernah terpikir pun akan jadi kat dorg.. rupenye dalam diam2, dalam dorg gelak2, happy, senyum je.. rupenye ade la yang sakit dah kritikal, yang penah operation, yang semakin teruk n aku nampak badan bdak tu memang dh semakin susut, yang kena buatan orang ( nauzubillah..) mintak dijauhkan la aku dan kawan2 aku dari hasad dengki manusia yang sesat ni.. semoga Allah memberi petunjuk pada mereka yg berkenaan.. time2 dah nak grad ni memang cam macam cite yang aku dengar.. dan cite tu datang dari mulut tuan punyer badan sendiri tau!! (ciri2 bakal reporter bertauliah ngee...) mane la aku tak ngeri, bdak klas aku je dah 3 org kena tau! dan sorg tu personally cite sndri ngn aku.. (emo lak tbe2)..


k la, dah nk subuh pun.. jom subuh dlu.. bangun2 sume teman aku pi toilet mwakakaka...


take care bebeh.. ..love u all ..mmuuuaaahhhh...








Thursday, March 19, 2009

Anak Sape Ni????

Haiiii....

Post kali ni spesel tau hee…

aku tak penah cite lg psl kamoo.. so post ni hanya untukmu.. hehe..

kali ni aku nk cite pasal chenta hatiku ngeee… npe citer pasal die? nape bukan psl kosmate ke, jiran ke, pegaga ke, makcik cleaner ke.. hmm.. sebab.. hehehe.. malu la..

sebab ari ni 2o mac cukup la setahun kami bersama chewaahhh.. haha.. malu la nk jiwang2 kat cni haha.. baru je lagi hmm.. baru setahun je tapi klu bdak kcik dah bleh nk bjalan tau hmm...

So kat cni aku nk citer pasal dia je haha.. segan sey... mesti kne kutuk kaw2.. klu budak2 aku tau aku cite psl dia ni kat cni haha...

hmm.. 1st skali aku cite sinopsis k. Mase mula2 kenal dulu Ya Allah.. Tak tau cam mane nk cakap betapa tak sukenye aku kat dia huh.. tak tau nape.. tak suka sebab dia nampak sangat2 belagak, poyos, kerek cam macam la..tapi dia rilek je... aku je yang tak suka dia tanpa sebab.. pape ntah aku ni.. pastu tegur2, sembang2, tah cam mane, dah lame tu baru kuar.. pastu aku sangat2 pelik bile mase tah aku stat ske kat die hehe.. pastu ok la smpai skang ni hmm...

Dia ni dulu jaksa kolej aku (wakil pelajar2 kat kolej ni ala.. cam klu skolah2 dulu pangkat exco la kot..) so salu la metin, terlibat ngn aktiviti yang formal2 ni.. so bile 1st time nak kua tu, aku pun ingat kan die ni jenis yang.. ala2 kenegaraan, skema, patriotik, politik, ala2 Tun Hussien Onn, org yang nampak dan tau ape dia akan jadi 20 tahun dari skg, yang ala2 cam tu ar.. tapi aku rilek je, nak tengok dulu die ni cam ner.. klu betul macam sangkaan aku waahhhh… terseksa minda aku asik nak memikirkan masalah negara jgk nanti kan..

tapi sume tu tak betul… seb baik bayangan aku jek haha.. bile dah lepak2, makan2, tengok wayang, window soping… hmm.. kire orait jugak la kan dia ni.. orait sangat2 haha.. rupenye same je sewel cam aku haha.. 360 darjah berbeza ngn ape yang aku pikirkan hmm… then aku memang tak fikir pjg utk pilih dia after 2yrs aku menjanda haha.. (adik aku yg bagi title ni huhu..) then dapat tau die tak smoke (sangat2 susah nk cari lelaki yg tak smoke skarang ni), aku pun selesa ngn dia, then ok ar kan? tapi kadang2 cm emo gak ar bile time die jeling2 kat org len kan…haha…(bab ni memang lelaki suka sgt kan??) tapi aku faham la lelaki memang suka pada kecantikan but still aku susah nak terima kenyataan ittew haha..

ape yang aku suka sangat pasal dia is.. dia bleh wat aku gelak even time aku memang down giler2.. time memang air mate dh nak turun dah ni aku bleh gelak lak bile jmpe die hmm.. magic kan? hehe.. n aku tak pernah lagi jumpe sape2 yang bleh wat aku cm ni. maybe korang akan kate aku over.. or baru lagi or.. ape2 la tapi itulah dia.. tapi maybe jugak la kan baru2 ni berbunga2 lagi la kn hehe..

ape yang aku tak suke pasal die hmm... ntah la..tak nampak pun lagi.. siyess!! aku tak tau ape yg aku tak suke pasal die. Maybe inilah wanita kot nggeee.. dan aku memang tau jiwa perempuan bila mencintai... perempuan takkan nampak apa2 kekurangan yang ada pada pasangannya sampai la mereka berpisah.. maksud aku perempuan takkan cari kelemahan or memang tak nampak pun kelemahan orang yang die sayang but bile jodoh tak panjang, clash or ape2 yg seangkatan dengannya, masa tu lah mata kami akan nampak semua kelemahan yang diorang ade. Maybe bukan semua perempuan macam tu tapi kebanyakannya begitulah dan termasuklah aku skali muahahahaha...

mungkin sebab tu jugak terjadinya kes nk bunuh diri, makan pil, ape2 tah lagi kan sebab frust giler2 kan..

Eh?? dah panjang laa... ok la. nak wat kesimpulan ni.. so scara kseluruhannya, aku arap sgt this is the last one n hope bukan kekal sampai ke anak cucu je tapi kekal sampai ke akhir hayat ku.. lalalalalala… I love u the way u are n hope it will last foreber.. cheewaahhh.. speaking laks hahaha... okeh.. zasss...


keychain!!! hehehe.. aku tak sempat nk bagi pape kat die lg sb bz giler ar lately ni.. tapi ade la..

Ini dia gi alamanda semalam. Aku tak ikot. Dia g ngn kwn die then jumpe lak ngn syarifah amani ni.. tetibe je bdak amani ni wish kat aku haha.. hmmm.. mase ni aku ade dalam keta tengah blaja nak turun bukit ehehehe...


suke keychain ni hehe... kiut sangat hehe..

doakan perhubungan kami ngeee..:-)

Wednesday, March 18, 2009

Alahai Makcik...

Alahai Mak Cik......... .
Suatu hari.. seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi.. maklum ler
bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..


============ ====
Burung Spesel


Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa
burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.."
Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu. .burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "



Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"


Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...
- 13 mangkuk pecah
- 5 mangkuk retak
- 2 mangkuk hilang
DAN....
- 1 mangkuk hayun sedang baca email ni.....
daa...pegi buat keje......takde keje lain ke 2...asyik tgk pc je
ekekekekeekekeke

Saturday, March 14, 2009

Apekejadahnyer sume ini?? huh...





Hahaha… cam malu2 je aku nak post pic ni. Kebetulan je ade pic yang same ( yang disamakan posing nye). Ni la jijah junior ngn jijah senior hahaha.. Arr nak kutuk aku ar tu..

Banyak beza kan.. Jom kite men game ‘sama tapi tak serupa’ yeahhh..

Beza..

  1. Dulu pengawas skolah rendah, sekarang student biase je..
  2. Dulu slebet je haha.. sekarang pun same selebet nye he..
  3. Dulu takde sign angkasa tu, sekarang dah ade..
  4. Dulu takde pokok kelapa, sekarang ade..
  5. Dulu cikgu Rahman amikkan gambar, sekarang razysan amik kan ehehehe...


p/s : Kalau nak tambah2 beza dulu dan sekarang dipersilakan ehehehe..=)




Wednesday, March 11, 2009

Aku? Lesbian? -Part 1-

Post ni aku buat khas untuk best fren ever aku. Agak boring sket la kan sebab takde kena mengena ngn korang. Aku tak tau die akan bace atau tak sebab die tak tau pun aku tulis psl die... Tapi aku arap sgt die akn tergerak ati nk melawat blog aku ni. Tak yah la bace weh.... boring nih.. btol boriingggg...

Aku ade sorang kawan yang memang aku.......... tak tau nak cakap. Umah dia dekat ngn umah aku. Dekat je. Selang sebuah je. Kami sebaya. Aku kawan ngan die dari kecik lagi. Kami membesar bersama. Gi skolah same2, ponteng same2, saiz baju same tp tinggi tak same (aku tinggi sket), balak lain2 ar.. perangai pun lain, cara dressing lain. Dia cantik sangat. Dia ganas jugak. Kami sangat rapat. Pendek kate aku anggap die cam adik aku la. Aku tak de adik pompuan. Tapi aku rase cam kitorang caring each other. Maybe benda biase bagi girl bila ade best fren. Orang2 dekat umah dah cop kitorang kembar. Kawan2 skolah pun cakap kitorang kembar walopun dorang tau ayah kami lain2. Aku tak tau die cm mane, tapi aku memang sayang gile kat die. Tapi kitorang salu gaduh. Tapi tak lame.. dalam 2, 3 ari je sebab aku memang tak leh hidup klu die tak de. Waktu kitorang gaduh pun still lagi gi skolah same2, balik skolah same2.. kalau aku lambat dia tunggu aku, kalau die lambat aku tunggu dia.. tapi kitorang tak bertegur.. Pelik kan?


Kitorang memang sangat rapat. Sampai la naik form 4, aku pegi teknik. Aku nak gi sangat sebab ustat kate cuba la keluar dari tempat sendiri, tengok tempat orang lain n aku pun memang suke berjalan. Mase aku nak bagi tau kat die tu, cam berat sangat.. Aku gi umah die bagi tau. Tapi die tak caye so aku tak leh nak wat ape. Balik tu aku nangis.. Sedih sangat.. Esok tu ari isnin, start daftar kat teknik dan die tetap tunggu aku nak gi skolah same2.. Tak tau die gi ke tak skolah ari tu.. Mase tu kitorang still contact lagi. Aku salu kal die. Rindu sgt kat die melebihi aku rindu kat family aku walaupun ni 1st time jgak aku jauh dengan family.


Mase minggu balik kampung tu aku bagi tau die awl seminggu aku nak balik. Sampai ari nye, aku terlepas bas. Aku balik lewat sket tumpang kawan aku yang same teknik(mak die dtg amik). Sampai umah je dah malam. Aku turun je keta, aku nampak die. Die suke sangat. Aku pun suke giler. Macam dah bertahun tak jumpe. Kitorang lepak sampai la mak aku panggil masuk sebab dah lewat. Lepas die balik baru aku tukar baju. Mak aku cakap die tunggu dari petang lagi kat umah aku. Aku suke sgt tapi sedih jugak.. Aku nangis lagi. Cuti minggu tu kitorang berpisah cume untuk tido malam je. Makan same, tengok tv same, sume same2, banyak sgt citer nak share. Kejap je dah ari ahad. Die anta aku balik. Mase nak naik bas ke Bentong tu die pesan soh aku balik tiap minggu. Aku senyum je. Rase sonok sgt sebab die tunggu aku, then tiap minggu aku balik. Sampai ayah aku ckp jgn balik salu sebab bukannye dekat umah ngn skolah. Tak sampai sejam dah bleh sampai k.L...


Kitorang still rapat sampai la abis form 5. Mase cuti skolah tu die balik kampung. Kampung die kat Thailand. Die orang Thai. Mase ni baru aku tau cam mane perasaan die mase aku tinggalkan die dulu. Sedih sgt.. Pastu aku masuk form 6. Mase ni aku fokus stadi sket. Kitorang still contact tapi tak close mcm dulu lagi. Aku pun jarang dah balik umah. Kalau balik, asal ade mase free je aku gi umah die sampai mak aku soh adik aku panggil aku balik. Kalau die free, die datang umah aku lepak sampai mak die sendri datang bising2 panggil die balik. Mase form 6 aku jarang jumpe die. Abis je form 6 aku kj kat k.L. Dia kat Thai. Bile aku balik aku salu tye mak aku psal die tapi mak aku tak tau sebab die jarang balik cni. Jumpe pun skali je.. tu pun mase raya.


Sampai la aku masuk ukm ni.. Lagi jarang jumpe die tapi kitorang still contact. Skarang die dah tak kj kat Thai. Die kat Temerloh. Kalau aku balik aku salu jumpe dia. Tapi aku jarang balik umah.. 1 sem 4x je. Tapi kadang2 die cuti, kadang2 kdai tutup, kadang2 ak nak cepat takut tlepas bas.. Satu ari tu aku nak balik, akak die kawen. Aku terlepas bas lagi. Aku bg tau die, die soh aku tunggu sampai die abis kj. Pastu balak dia dtg amik die ngn aku. Kami balik umah mak balak die dulu. Rehat2 jap pastu balak dia anta kitorang balik. Tu la last aku jumpe dia. Dah lame. 10 bulan dah. Tapi ari tu tiba2 je aku dapat mesej dari die. Dia cakap..


Dia : 11 aribuln 4, ko blk la..aku nk kawen.jd pegapit aku taw
Aku : Siyes ke? Ak nk kad dlu.. Kad mhl tau he..
Dia : Yela..aku bg kad pling mahal tuk ko ni..msg la kad tuk ko
Aku : Ape brg msj he.. Ak blik la ari ni. Anta la kad kt umh. Xmo pos2 tau he..
Dia : Ble blk sne. aku kt tmlh r
Aku : Isnin blik sne. Aku tgh tgu bas nk jln ni. Lmbt btol nk bkak. Ko xblik ke?
Dia : Gampang xdtng mlwat aku pn
Aku : Hehe.. Xsmpat ar. Klu smpat ak g je. Len kali ar. Nt jmpe lg. Ak kn pgpit ko hehe..
Dia : Ko blk kl ble? aku wat tema birulaut.. nnt ko pkai wane bru laut taw
Aku : Okey.. Ak blik ahd pg. Kndri kt umh ko ari sb2 ke ahd?
Dia : Sab2 la.. ko blik r sblm kenduri



mesej terhenti di situ..


dan aku tak tau kenape aku rase macam...


kehilangan sesuatu yang besar dalam hidup aku..



aku sedih sangat.. tak tau kenape aku sedih..



bukan aku tak suke dia nak kawen, aku lagi tak sabar nak tgk die kawen..


tapi kenape aku sedih?




Lesbian kah aku?




Tuesday, March 10, 2009

pheewwiittttt... garang nyer..

Petang tadi aku pi stadi kat libry ngan cc. Esok ade mid sem yang tak jadi ari tu.. Balik je dari surau aku gi la smula sambung nk stadi... pastu kan... tetibe je aku tengok dan dengar sorang pakcik ni (tak tau die indonesian ke malaysian) speaking ngan satu couple ni.. couple tu sorang negro sorang mat saleh. Mula2 aku ingatkan dorang bertiga ni kosmate ke.. kawan yg tengah discuss pasal assignment dorang ke.. rupenye pakcik ni gi sound couple tu.. Yang sempat aku dengar...

bla..bla..malaysia..bla..bla..this is libry..bla..bla..bla... so u are supposed to be quiet!!


Pastu negro ni cam tak puas ati je.. die bleh pandang je pakcik ni. Cam men lawan mate lak. Ade la dalam seminit kot. Die pandaaanngg je pakcik ni. Gile ah huhu.. Mase tu ade la 3 orang Chinese ni tengah stadi gak. Dorang pun tengok je. Aku yang tengah berjalan nk gi ke meja stadi smule pun dah rase cam nk tumpang duduk je kat meja indon yang tengah online tu. Last2 negro tu ckp pe tah ngn kwn die ni pastu die blah dengan kerek nye.. Giler ah..

Rase rugi lak aku tak sempat tengok drama tu dari mule. Mesti die bising gak ar kan.. Kalau tak, tak kan pakcik tu bleh tegur lak. Pakcik tu plak tegur dorang kuat tak hengat..


so moral of the story, jangan bergosip di library huhu..



.. esok aku ad mid sem..
..wuwuwuwuwuwuwu..
..wish me luck..
oyehh~
-thank you..:-)



Thursday, March 5, 2009

Try not to laugh...MUST TRY!!!!

Video ni aku dapat mase layan web mane tah. Memang lawak gile.. Aku tunjuk kat adik aku yang hati kering pun die bleh gelak jugak. Try tengok video ni then cube tahan gelak (senyum tu pun consider.. boley laa..) but jangan gelak eyy.. Please be honest. Klu korang sampai tahap lepas pakcik yang pakai baju kaler kuning tu, korang menang.. Alaa.. xlame pun.. dalam 4 minit je. Sementara tunggu video ni loading, jom layan pics dulu ey.. Layaaaaannnnnnn......



p/s: muka kena serius beb...


Korang kelat eh.. Mentang2 dah abis present tak bagi support pun kat budak2 len.. Aku ngn bpe orang je dak klas kite yang gi klas. Biar ar korang tak tau aku bebel kat cni pun.. Aku nak cakap jugak tak kire..



After klas en Mat Pauzi adelah discussion bersama group. Aku tak paham btol mereka seperti di dalam gambar di bawah.. Asik gaduh je bile jumpe. Ni discuss cara kasar la kot hmm... Tapi aku enjoy 'gaduh' bersama mereka.. Ainah je takde dalam pic..




dari kiri : suja, cc, jheya and sue
(pic bawah ni..)




Mase ni tengah discuss subjek imc yang assgment nye memang kena giler perfect.. klu tak, memang makan kutukan, cercaan dan sedikit makian daripada lecturer yang aku tak suke but aku sangat kagum..





Ni aku buat come back bersama alan haha.. Aku interview yang baju oren tu ketua pengarah program usahawan yang kat pusanika tu. Alan merangkap timbalan die.. Aku tak dapat memenuhi permintaan alan yang nak bergambar bersama winner renang aug ari tu hahaha..
Poyos sungguh alan ini..



okey.. that's all bout today.. Esok aku balikkk!!! Weeeee... Cam nk balik, cam tak nak jugak, tapi nak jugak hmmm.... Tah la. Mane2 pun boleh laa.. Ey jangan lupe layan video tu tau. Honest okey.. k, cauu...

Wednesday, March 4, 2009

huh.. tensen sungguh diri ini..

" ok klas.. saya nak ingat kan kamu minggu depan lagi satu kita ade mid sem ye. Tajuk yang masuk adelah dari 1st kuliah sampai kuliah hari ini ok. Dan satu lagi jangan lupe minggu depan kelas kamu akan digantikan dengan lab. Lab kamu 3 minggu berturut- turut ye. Jadi terus pegi ke lab lah dan kuliah kita akan disambung lepas tu. Ok, kelas tamat."


Cam mane la aku bleh tak terperasan susun atur minggu nih.. tu la len kali dengar la btol2.. dengar mid sem je dah trus pikir nak stadi huh.. last2 sampai je minggu depan lagi satu tu (tadi laa..) sume dah cam pelik gak ar.. mane satu ni? mid sem ke lab? dah la lain2 tenaga pengajar lab ngan kuliah. Kang ade gak lect yang majok kitorg xpegi klas die.. (tak penah jadi lagi)..

Last2 jalan yang paling selamat ialah stadi je la.. Telan je la sume roaming dan internet protokol, jalur lebar dan tak lebar, packet2 dan framework, telan jugak markup language dan e-komers, value chain dan sifat tabii pengguna huh..

Dimana kan ku savekan semua ini..
Tak sanggup lagi aku mereka bersarang di inboxku ini..
Pergilah kau bersembunyi di draft saja..
Jangan kau ganggu laluan primary aktivitiku..
Walaupun ku tahu kau adalah value chain yang akan di rotate semula..

i hate FTSM but i like the lecturer haha..












oit..




lecturer aku pompuan arr..

Tuesday, March 3, 2009

Kenali dia menerusi tanda tangan

Salam.. Entry ni panjang sket. Just baca yang aku highlite je.. Yang len2 tu tak penting sangat.. Tak masuk exam pun.. Betul or tak tu tak tau la tapi kalau tengok pada sign aku sndiri macam betul kot huhu..



BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca’ seseorang. Baikkah dia, jujurkah dia atau sebenarnya dia seorang yang tidak boleh dipercayai, tidak jujur, tidak ikhlas juga penipu.

Tetapi benarkah tulisan dan tanda tangan mampu merungkai rahsia? Benarkah tulisan dan tanda tangan boleh menceritakan sifat sebenar tuan punya badan?

Menurut pakar psikologi dan grafologi (pakar anilisis tulisan), tanda tangan mempunyai pelbagai makna. Ia melambangkan identiti dan membawa nilai tertentu. Tanda tangan mampu menampakkan maksud ego dan perjalanan hidup seseorang.

Tanda tangan yang terputus-putus membawa erti perjalanan hidup pemiliknya tidak lancar kerana tidak mempunyai perancangan awal yang matang. Jika tanda tangan melingkar bermakna pemiliknya suka mengeluh dan sering memikirkan kesusahan berbanding kesenangan.

Tanda tangan yang kecil pula menunjukkan orang itu banyak berahsia. Urusan dengan orang sebegini sentiasa sukar diselesaikan. Selok-belok pada tanda tangan menunjukkan hidup si empunya diri menjadi perhatian orang atau boleh juga diibaratkan sebagai gangguan luar. Boleh jadi juga orang ini suka memanipulasi diri, mengada-ngada atau suka berbohong.

Ramai juga yang melakar garisan di bawah tanda tangan. Garisan ini sebenarnya mempunyai erti. Kalau garis itu kena pada bawah tanda tangan, orangnya suka bergantung dengan orang lain. Coretan garis itu juga sepatutnya lurus. Jika hujungnya ke bawah, ketika tua nanti hidupnya susah. Lebih teruk lagi jika hujungnya berkait, hidupnya di kelilingi hutang.

Merujuk pada buku tulisan pakar grafologi, Dr Margaret Gullan-Whur berjudul What Your Handwriting Reveals, beberapa aspek harus dilihat dalam menganalisis tanda tangan iaitu maksud tanda tangan, penempatan, ukuran, keseimbangan, pembetulan, kejelasan dan unsur tambahannya.

Jelas beliau dalam bukunya itu, umumnya tanda tangan direka oleh seseorang bagi menampilkan ciri keperibadiannya. Mereka yang memiliki dua bentuk tanda tangan yang hampir serupa pula berkemungkinan memiliki dua identiti.

Jika tanda tangan diletakkan tepat di atas garis yang disediakan, ia menggambarkan rasa hormat terhadap diri sendiri dan juga pihak berkuasa. Jika ia agak di atas sedikit daripada garisan, ia menandakan kegembiraan berkaitan dengan dokumen yang ditandatangani itu dan jika di bawah garisan pula ia menunjukkan kemurungan.


Tanda tangan yang menaik menampilkan rasa percaya diri yang tinggi dan sebaliknya jika ia menurun.

Tanda tangan yang cenderung ke kiri dari tempat tersedia menunjukkan rasa takut (pada orang lain atau kegagalan) manakala ke kanan pula bermaksud kurang perhatian.

Tanda tangan lebih kecil daripada teks tulisan mengungkapkan keinginan untuk menyendiri sebaliknya tanda tangan besar memberi maksud ingin menonjolkan diri. Bila hurufnya besar dan rapat, ia melambangkan kesombongan manakala pendapat lain menyebutkan tanda tangan kecil, mampat dan pendek menunjukkan rasa rendah diri.

Ada juga yang bukan sekadar meletakkan nama sendiri pada tanda tangan. Nama keluarga juga dilakar bersama. Jika nama keluarga lebih rendah daripada nama depan ia menunjukkan sifat murung pada pemiliknya.

Bagaimana tanda tangan anda sekarang? Dengan segala penjelasan di atas mungkin ada yang sudah mula mencongak untuk mengubah tanda tangan. Kalau dulu tanda tangan menurun, mungkin sudah ada yang cuba-cuba mencipta tanda tangan baru yang menaik.

Apapun, tiada siapa mengajar kita merancang atau memilih tanda tangan. Kanak-kanak yang sudah mengenali huruf, sudah pandai membaca juga pandai mencipta tanda tangan mengikut kreativiti mereka.

Tanda tangan ketika kecil tidak akan kekal biasanya. Keraguan mencipta tanda tangan akan berlaku ketika remaja dan seterusnya apabila meningkat dewasa. Biasanya, tanda tangan yang tercipta kala dewasa ini akan kekal, apatah lagi jika tanda tangan ini sudah digunakan untuk pelbagai urusan seperti perbankan.

Mungkin ini juga petanda kita sudah mencapai tahap kematangan. Tahu apa yang nampak menarik mungkin juga unik sesuai dengan usia dan kehidupan.

Bagaimanapun, Prof Dr John Nimpoeno, pakar psikologi dan grafologi dari Kampus Pasca Sarjana Universitas Parahyangan, Bandung, Indonesia berpendapat sebaliknya.

"Memang dalam tanda tangan ada unsur yang menunjuk sifat atau karakter seseorang, tapi tidak selengkap grafologi (tulisan tangan). Tulisan tangan mampu menunjukkan keadaan yang berlaku pada pemiliknya tetapi tidak tanda tangan kerana unsurnya tidak lengkap.

“Ada berpuluh indikator pada grafologi sedangkan tanda tangan hanya sebahagian daripadanya,” katanya.

Berdasarkan grafologi, gerakan menulis jelas ada hubungannya dengan keadaan psikologi seseorang. Pemikiran dan emosi walau sesaat sekalipun mampu dibaca pada tulisan tangan dan kerana itu, tulisan tangan mampu mencerminkan keperibadian seseorang.

Kata Dr John Nimpoeno lagi, tanda tangan muncul hasil daripada gerakan automatik dan kerana itu ia tidak dapat menceritakan sepenuhnya keperibadian seseorang. Tanda tangan diramal? Itu cuma cerita rakyat, katanya.

Anda bagaimana? Apa pandangan anda? Mampukah tanda tangan membantu anda mengenali keperibadian seseorang? Bak kata Pakar Grafologi dari Pusat Grafologi Anna Koren, Anna Koren, sekalipun tanda tangan boleh dianalisis, penilaiannya lebih mengikut gerak hati.

Oleh itu, bila mengenali seseorang, dengarlah kata hati anda...


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin

Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri

Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu



2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik

Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)

Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)

Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping


3. Satu titik di bawah tanda tangan
Anda kelihatan mudah dan tenang

Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati


4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri

Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain



5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri


6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir

Anda cepat menukar pandangan dan idea



7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
Seorang yang sangat prihatin

Tidak pentingkan diri sendiri

Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik



8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
Tegas dengan pendapat sendiri
Ada semangat yang tinggi



sumber : berita harian ( ikon) bpe hb tah..

p/s : hanya jauhari mengenal manikam.. cheewaahhh hahaha..