Tuesday, June 30, 2009

Mase Aku Kecik...

  1. Masa aku kecik aku penah baling gunting kat kepala akak aku. Dahi dia berdarah. Akibatnya 2 orang lagi akak aku kena antar dia gi klinik dan aku tak kena ape2 pun dengan mak aku hahahaha….

  1. Mase aku tadika aku penah ajak cikgu aku gi blakang klas nak tunjuk sesuatu kat dia. Dengan prihatin dia pun ikut aku. Aku bawak dia pegi depan bilik gelap dan aku suruh dia tunggu kat situ sebab aku nak buang air haahahahah…

  1. Mase aku tadika aku gaduh dengan kawan aku mase rehat sampai dia nangis. Time nak balik tu abah aku tak datang amik plak.. Last2 aku kena balik skali dengan dia sebab aku takut sesat. Padan muka aku hahahaha..

  1. Mase aku kecik aku ajak kawan aku main lari2 turun bukit kat tepi masjid lepas balik skolah agama. Lari punye lari aku terpijak kain sendiri dan jatuh berguling2. Akibatnya aku menyalahkan 2 orang kawan aku tu sebab dorang tak ajak aku balik sebaliknya ikut aku main skali hahahaha….

  1. Mase aku kecik aku penah nangis sebelum tido sebab jiran aku cakap dia nak pindah esok. Aku takut takde kawan sebab aku dah gaduh ngan geng budak kedai. Lepas tu aku berdoa sebelum tido bagi mak dia pindah sorang2 je takyah bawak dia hahahaha…

  1. Mase aku kecik aku suka main rambut budak sebelah meja aku ni. Rambut dia panjang. Cantik. Ade sepit rama2. Balik umah tu aku marah mak aku kenapa tak lahirkan aku dengan rambut panjang macam kawan aku tu. Mak aku cakap rambut aku susah panjang sebab aku suka main tengah panas tengahari hahahaha…

  1. Mase aku kecik aku penah tulis surat putus sahabat kat sorang kawan aku ni sebab dia taknak geng ngan aku main lawan galah panjang. Esok tu dia tunjuk surat tu kat akak aku yang kena baling gunting tu, pastu akak aku repot kat mak aku. Satu hari aku kena ejek ngn adik2 aku. Padan muka aku hahahaha…

  1. Mase aku kecik aku gaduh tolak2 ngan akak aku kat dapur. Tah macam mane aku tolak dia terlanggar peti sejuk dan peti sejuk tu nak jatuh ke depan. Pastu kami tahan peti sejuk tu sama2 dengan tangan, dengan kaki sambil jerit makkk.. makkk…. Lepas peristiwa ni kami terus jadi rapat dan saling ejek mengejek bila nampak peti sejuk hahaahaa…

  1. Mase aku kecik kawan sebelah meja aku cakap kalau nak duit kena tanam menda alah yang kite korek pensel pakai sharpener tu jangan putus, dengan cantik dan panjang. Tanam blakng umah. Bakat reporter terpendam sejak kecil lagi dan aku sebar kat satu kelas aku sampai cikgu aku pun tau. Last2 budak tu nangis sebab aku sebar cerita. Ape salah aku? hahahaha…

  1. Mase aku kecik aku rase bangga giler bila akak aku belikan pengasah pensel jenis yang kena pusing kat blah kanan tu dan ade bekas sampah kat bawah dia tu. Mase tu memang riak gile bila anak polis tu pun mula nak kawan ngan aku hahahahaha….

Seronok kan time budak2 dulu… Sweet sangat. Tapi bila dah besar sume berubah, dah tak serapat dulu lagi.. Kan seronok kalau mase boleh diulang semula..

3 comments:

razy san™® said...

ooo..mase kecik dlu ske cubit org x??xpn mse kecik2 dlu de ske c.k.t x..tp mst mse kecik dlu ske otomen kn..

heheehe..

jijah said...

aah la.. cam mane bleh lupe cite otomen nih..main konon2 lawan otomen vs raksase ngn adik tapi bile kalah nangis heh.. eleh.. dia lg nkal ms kcik2 ni kan?

eccentric little misz Kym said...

erm ko dr kecik2 da nampak kepsiko-an kan kan kan